
Sulit
4 tahun
Dada bahagian kiri seperti dicocok ketika menarik nafas
Saya berumur 25 tahun. Saya ade panic attack kerana susah tido, bila tido terasa saya tidak benafas, dh menjadi takot. dan telah pergi mendapatkan rawatan. Kini saya mengambil ubat fluvo setelah disarankan oleh doktor. Namun, ini bukan soalan saya. Ape yg ingi saya tanyakan disini, ialah kadang kadang dada kiri saya seperti dicocok apabila saya ingin tarik nafas, lagi dalam saya tarik nafas, lagi terasa mencocok di bahagian dada kiri. Apabila saya menarik nafas dalam dan menahan nafas, sakit mencocok itu ade dan akan hilang selepas saya menghembuskan nafas. Perkara ini berlaku amat jarang. Jadi saya ingin tahu kenapa apekah penyebab berlakunya perkara tersebut. Perkara ini berlaku bukan ketika saya dalam panic attack atau sebgainya. Ia berlaku amat jarang sekali then akan hilang sendiri.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda sedang alami. Untuk makluman anda, terdapat beberapa faktor mengapa seseorang boleh mendapat sakit dada di bahagian kiri ataupun dada secara keseluruhannya, seperti:
- Sakit atau lemah jantung
- Jangkitan paru-paru
- Radang selaput dada (costochondritis)
- Refluks asid atau GERD
- Panik
- Gelisah (Anxiety)
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am dan kami sarankan anda untuk segera berjumpa dengan doktor sekiranya keadaan semakin teruk.
Anda juga boleh melakukan aktiviti ini untuk mengurangkan panik anda:
- Melakukan latihan pernafasan
- Bermeditasi
- Lakukan aktiviti yang boleh mengalihkan perhatian anda dari fikiran yang tidak sepatutnya
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.