
Sulit
2 tahun
Dada berdebar dan tekak terasa ada sesuatu melekat semass menelan air liur
Salam sejahtera. Saya lelaki berumur 33 tahun. Mengalami dada berdebar debar. Dan denyutan jantung yang laju. Saya juga mengalami ada sesuatu semasa menelan air liur. Rasa macam ada sesuatu yang melekat menyebabkan tidak selesa. Berat badan saya menurun. Dan saya selalu rasa lapar. Adakah ini petanda penyakit tiroid?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, antara beberapa keadaan yang menyebabkan degup jantung laju adalah:
- Hipertiroid
- Akibat pengambilan minuman berkafein seperti kopi atau teh
- Akibat minuman alkohol
- Akibat ubatan dan herba
- Serangan panik atau akibat cemas
Simptom yang merbahaya dan memerlukan perawatan segera adalah sesak nafas, pening, pengsan/hampir pengsan, sakit dada keterlaluan dan kelemahan secara tiba-tiba. Seandainya gejala yang berlangsung dapat menganggu rutin harian anda, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.