
ibn.sukri
2 tahun
Dada besar macam perempuan
Hi Dr…Saya pemuda berusia 27tahun…Saya mempunyai masalah dimana buah dada saya kelihatan macam perempuan…Benda ni sgt menggangu keyakinan saya apabila membuka baju dikhalayak ramai…Apa perlu saya buat? Ada ke rawatan utk masalah ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala dada lelaki besar seperti perempuan memerlukan maklumat tambahan serta pemeriksaan bagi mengenalpasti punca sebenarnya. Namun terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan gejala ini berlaku seperti:
- Obesiti - lemak banyak terkumpul di dada
- Masalah hati - kegagalan hati kronik akibat penyakit hepatitis atau faktor lain
- Masalah kurang testosteron - kurang penghasilan dari testis
- Kesan ubat seperti ubat darah tinggi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.