
Sulit
4 tahun
Dada ketat dan kerap sendawa
Hi Dr. Saya berumur 23 tahun. Sejak kebelakangan ini, saya berasa dada agak berat dan kerap kali sendawa. Saya agak risau dan tidak selesa kerana terasa tidak dapat bernafas dengan selesa teruatama ketika sedang baring. Apakah simptom ini adalah kerana sesuatu masalah kesihatan yang selain jantung? Saya telah membuat checkup ECG dan mendapati jantung dalam keadaan baik.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal dada berasa berat. Anda juga tidak dapat bernafas dengan selesa ketika baring. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sakit dada dan antaranya ialah:
- Tekanan dan kegelisahan
- Ketegangan otot
- Trauma
- Asma
- Radang paru-paru (pneumonia)
- Radang selaput paru-paru (plueritis)
- Radang tulang rusuk
- Bronkitis kronik
- Radang hempedu
- Serangan jantung
- Infarksi miokardium
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Jika anda berasa sesak nafas ketika baring, anda mungkin mengalami penyakit kegagalan jantung. Namun, ECG anda menunjukkan jantung anda dalam keadaan baik. Anda perlu berjumpa dengan doktor anda semula untuk mengetahui rawatan untuk anda.
Namun ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat punca sakit dada anda. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan nasihat dan maklumat lebih lanjut.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi