Sulit
4 tahun
Dada ketat dan overthinking
Salam doktor, saya wanita berusia 20 tahun dan sejak tiga empat harini saya rasa dada saya ketat, saya boleh bernafas tetapi rasa mcm nafas tidak puas. Saya juga selsema dan alergi kepada asap rokok dan debu. Saya jugak ada masalah anxiety yg didiagnos sejak 3 bulan lalu akibat overthinking. Sekarang saya mula overthinking semula yang membuatkan saya rasa begini. Saya ada makan ubat APO THE 200 yang diberikan oleh doktor. Ubat ini digunakan untuk merawat masalah pernafasan kata doktor tersebut dan selepas makan saya rasa agak selesa. Persoalannya apakah kegunaan ubat APO THE 200 secara terperinci dan perlukah saya teruskan mengambil ubat ini? Mohon penerangan doktor kerana setakat saya cari dalam google kegunaan ubat ini adalah untuk merawat asma atau masalah yang dikaitkan dengan pernafasan dan apakah sama simptom anxiety dan asma?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, APO THE 200 adalah merupakan sejenis ubat yang digunakan bagi merawat:
- Epilepsi (gangguan sistem saraf pusat)
- Trigeminal neuralgia (sakit muka akibat masalah saraf)
- Mania, bipolar disorder (kondisi psikiatri)
Antara kesan sampingan yang boleh didapatkan akibat pengambilan ubat ini adalah:
- pening
- letih
- sakit mata
- sakit kepala
- sakit otot (cramp)
- rasa loya
- sakit perut
- mulut kering
- penglihatan kabur atau berganda
- rambut gugur
Sekiranya terdapat kesan sampingan atau efek yang ekstrem, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link(DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.