
alhafishamid
5 tahun
Dada kiri rasa dicucuk
Dada kiri saya rasa seperti dicucuk (terasa perit) pada satu tempat iaitu : (di sebelah ketiak/diatas tetek). Ianya berlaku kadang-kadang (seminggu sekali atau 2 kali). Adakah itu petanda serangan jantung? (kerana total kolestrol saya 6.1 dan LDL 4.0)
Note : saya sudah membuat ECG dan doc mengatakan jantung normal. doctor hanya beri ubat crestor 20mg pada saya dan perlu diet. Perlukah saya membuat stress test?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Stress test ialah ujian yang menggunakan ECG dan anda harus menjalani aktiviti sewaktu ia dijalankan. Ujian ini kebiasaannya dijalankan pada pesakit yang telah mendapat serangan jantung yang stabil dan juga mempunyai sakit dada ketika bersukan. Pelbagai faktor lain perlu dipertimbangkan untuk menjalani ujian ini.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.