
Sulit
3 tahun
Dada kiri sakit/senak
Saya lelaki berumur dalam 20an dan dada kiri saya terasa sakit/senak dalam tempoh 4-5 hari macam tu.Kadang kadang saya susah untuk bernafas tapi sekejap sahaja lepas pernafasan saya ok semula.Bila saya tunduk dada kiri saya terasa sakit/senak dan bila saya lompat atau lari pun rasa sakit/senak di dada kiri saya.Kadang kadang bahu sehingga leher sebelah kiri saya terasa lenguh tapi sekejap saja…Saya seorang perokok dan saya baru sahaja berhenti merokok dalam 2 bulan macam tu , dalam masa 2 bulan saya hanya hisap rokok electronic/vape/Pod sahaja…4-5 hari yang lepas saya ada merokok semula 1 hari sahaja…selepas hari saya merokok itu la saya rasa sakit dada sebelah kiri saya…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kerisauan anda tentang kesakitan dada. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Kesan pengambilan ubat-ubatan.
- Gangguan otot atau terseliuh
- Kekurangan rehat atau kepenatan yang terlampau
Atau ia juga boleh disebabkan oleh
- Gangguan organ jantung
- Gangguan vaskular (i.e. kolesterol tinggi, hipertensi, dll)
- Gangguan kelenjar limfa
- Gangguan organ pernafasan (i.e. COPD, Emfisema, Asma)
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera supaya gejala tersebut boleh diberikan rawatn sepatutnya. Anda juga boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih terperinci mengenai langkah yang perlu dilakukan pada waktu ini.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.