
nuruljasmeen27
4 tahun
Dada Mempunyai Ruam Yang Pedih dan Gatal Dia Bahagian Buah Dada dan Sekitarnya
Hai, Saya Perempuan berumur 16 tahun dan saya mempunyai ruam yang pedih dan gatal, Kadang2 tak gatal tp pedih tu sentiasa ada, ruam dia kat bahagian buah dada dan di sekitarnya, Jadi apa saya perlu buat untuk mengatasi masalah ini, Saya mempunyai kanser payudara ke? Bukan itu sahaja, haid saya juga tidak teratur, kadangkala haid takde untuk sebulan dua lepastu bila ada haid, lepas 7 hari dah takde lepastu datang balik selepas 2 hari, jadi kiranya haid saya datang balik pada hari yang ke-10, perkara ini dah tiga kali berlaku, Kenapa saya mengalami macam ni ye doktor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala ruam yang pedih dan gatal pada sekitar buah dada anda boleh disebabkan:
- Kayap
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Jangkitan kulat/kurap
- Jangkitan kulit (cellulitis) atau mastitis
Manakala masalah haid anda pula boleh disebabkan:
- Umur - Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet - Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS) - Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan - Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang etrlalu aktif dan padat
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.