
Sulit
3 tahun
Dada rasa berat bila batuk dan batuk rasa tak lepas
saya telah mengalami sintom batuk rasa tak lepas dan dada rasa berat bila batuk…ujian covid telah sy lakukan sebanyak dua kali dan kedua2nya negatif.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi dan bertanyakan soalan kepada kami.
Kami faham anda bimbang mengenai ketidakselesaan dada yang dialami oleh anda dan batuk yang tidak memuaskan. Ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor dan jangan risau kerana kami akan membantu anda.
Sakit dada dan batuk merupakan gejala yang umum dan ia berkait rapat dengan masalah-masalah lazim, seperti:
- Jangkitan paru-paru
- Serangan asma
- Serangan jantung
- Refluks asid atau GERD
- Radang tulang rusuk (costochondritis)
Sekiranya keadaan anda semakin melarat, sila pergi ke bahagian kecemasan di hospital berhampiran dengan segera.
Kami juga sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami di atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut mengenai gejala yang dialami. Kami berharap jawapan kami membantu anda, terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.