
thebigchicken93
5 tahun
Dada rasa berdenyut2 saya pnghidap kencing manis
Saya ada kencing manis.kebelakangan ni dada saya di bahagian tengah rsa berdenyut2 dan kdg rasa mcm nak batuk.dia akan reda dan akan ulang lagi.kenapa ya tuan doctor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Sakit dada boleh berpunca daripada beberapa faktor seperti:
- Sakit otot dibahagian dada
- Jangkitan paru-paru
- Jangkitan
- Penyakit jantung
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.