
Sulit
4 tahun
Dada sakit ditempat yang dibedah untuk pintasan jantung
saya telah menjalani pembedahan pintasan jantung pada 13 disember 2019 di IJN, setelah hampir setahun, saya masih terasa sakit terutamanya dibahagian yang dibedah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai dan selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang anda ajukan kepada kami.
Kami bersimpati dengan keluhan yang anda alami iaitu rasa sakit di bahagian bekas pembedahan. Untuk makluman anda, proses pemulihan setelah pembedahan jantung biasanya memakan waktu sekitar satu setengah hingga dua bulan, namun jangka waktu ini mungkin berbeza bagi tiap individu.
Namun begitu, kami menasihati anda untuk segera berjumpa dengan doktor untuk menjalani pemeriksaan sekiranya pada kawasan tersebut bertambah sakit, bengkak, bernanah, memerah atau anda mengalami demam.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Setelah menjalani pembedahan, aktiviti harian anda akan sedikit berubah dimana anda tidak boleh beraktiviti seperti sedia kala sebelum keadaan anda benar-benar pulih. Antara perkara yang dianjurkan untuk mempercepat proses pemulihan adalah:
- Memakai pakaian yang longgar- supaya pakaian anda tidak bergesekan dengan bekas pembedahan
- Tidur yang cukup
- Hindari mandi berendam selama masa pemulihan
- Makan makanan yang sihat dan seimbang
- Hindari aktiviti berat atau memandu sebelum mendapat nasihat doktor
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih mempunyai pertanyaan tentang jantung anda? Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi!