
Sulit
2 tahun
Dada sempit dan nafas tidak puas
Saya wanita berusia 22 tahun.Saya ada gastrik…Saya mengalami sempit dada, kadang-kadang dada berdebar-debar dan cepat penat selama 13 hari…Saya sudah ke klinik dan makan ubat yg diberikan…Tapi nafas saya masih sempit dan cepat penat. Bila saya tarik nafas dada saya terasa sempit dan berat…Saya juga mengalami sakit tekak dan batuk yang tidak teruk. Adakah saya ada penyakit lain selain dari gastrik?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh anda. Saya mendapati pihak anda mengalami masalah sakit dada, degupan jantung laju dan juga sesak nafas. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Asma
- Anemia (kekurangan darah merah)
- Masalah tiroid
- Masalah jantung
- Serangan panik
- Masalah jantung
- Masalah paru-paru
- Keradangan tulang rusuk
Namun begitu, ini hanyalah jawapan am bagi soalan yang diajukan. Maklumat lanjut mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan sebelum diagnosis yang tepat dapat dikenalpasti.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.