
Sulit
3 tahun
Dada sempit n selalu rasa nervous
saya berumur 23 tahun,saya selalu berasa nervous,dada sempit,jantung berdegup laju dan menarik nafas terasa sempit😌

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah selalu berasa nervous, dada sempit, jantung berdegup laju dan susah untuk menarik nafas. Saya akan cuba memberikan maklumat berkaitan kenyataan di atas.
Berpandukan simptom-simptom yang sedang anda alami, situasi di bawah mungkin sedang berlaku:
- Penyakit jantung
- Penyakit arteri koronari
- Masalah psikiatri
- Penyakit berkaitan paru-paru
- Keradangan jantung
Anda disarankan untuk berbincang dengan doktor supaya diagnosis yang tepat dapat diperoleh dan tindakan awal dapat dilakukan
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar jantung kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar Jantung