
haziqhakim
2 tahun
Dada terasa ketat untuk memusing kiri dan kanan
Saya lelaki umur 26tahun perokok. Sudah sebulan saya mengalami sakit dada. Dada terasa ketat. Untuk memusing kiri dan kanan. Nafas terasa agak pendek. Sudah mengalaminya hampir dua bulan. Bila ditekan di dada yg sakit terasa lega sedikit. Sakit nya terasa dibahagian tulang dada tengah.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Sakit Dada yang berkaitan dengan sistem penghadaman (Digestive system):
- Pedih ulu hati (heartburn)
Sakit dada yang berkaitan dengan jantung:
- Angina
- Serangan Jantung
Sakit dada yang berkaitan dengan paru-paru
- Jangkitan paru-paru
- Hipertensi pulmonari - Keadaan ini berlaku apabila anda mempunyai tekanan darah tinggi di arteri yang membawa darah ke paru-paru lalu menghasilkan kesakitan di dada.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.