
daniaeisya69
5 tahun
Dada terasa sakit di bahagian kiri
Saya dania,16 dri terengganu sering mengalami sakit dada,dan kebiasaannya saya berasa sakit dibahgian kiri shingga berlarutan sakit itu ke lengan kiri saya. Kadangnya ia merebak ke seluruh kawasan tidak kira dibhgian knn atau tengah, sejak sy di tingkatan 1 lagi sy telah mngalaminya namun sy dpati pd thun ini sakit saya menjadi lebih truk apbila ianya sering berlaku pd wktu malam. Semalam,sy berasa sakit dibhgian tengah,dan ketika saya duduk,ingin mnarik nafas,dada sy terasa seprti keras dan berat utk mnarik nafas,apabila saya baring,sakit itu terasa dibhgian kiri saya dan ia merebak ke seluruh kawasan lainnya, sy juga tidak boleh tahan dgn cuaca yg sejuk,sbelum ini, sy okay shaja,ttpi bila sakit saya smkin truk,sy seprti alah dgn keadaan yg sejuk. Bru bru ini saya mngalami situasi yg mnybbkan sy berada sesak nafas dan berasa sempit utk bernafas seperti biasa,sy cuba utk menenangkan diri saya tetapi sakit ini mula terasa hingga ke bawah dagu. Saya pernah mmbuat pemeriksaan bbrp kali di klinik namun hny skali shj dgupan jantung sy diperiksa dan doktor tersebut brkta bhw jantung sy berada dalam keadaan yg baik sahaja dan bacaannya juga bagus. Di lain kalinya sy hny brjumpa dgn doktor dn menceritakn ttng sakit saya,mereka berkata bhw ianya biasa shj,mereka membri ubat sapu yg berangin utk disapu ketika berasa sakit. Kadngnye sy prnh berasa seprti ad bunyi kahak ktika sy mnarik nafas memndngkn ktika itu saya sedg batuk dan selesema, dan batuk saya mmg sgt susah utk hilang. Shinggakan berlarutan shingga 2 bulan dan prnha sekali hingus saya berdarah. Bermacam macam ubat yg sy ambil,namun batuk saya ttp tidak hilang dan sgt susah, sy memohon penjelasan drpd doktor,apkh sakit sy ini sbnrnya biasa biasa shj atau sebaliknya? Dan bagaimanakah sy ingin mngurangkan kesakitan atau mnangani nye ketika berada dlm keadaan yg cemas. Terima kasih doktor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit dada yang anda alami boleh disebabkan:
- Penyakit asma - asma seringkali menyebabkan sesak nafas pada waktu malam dan pagi
- Masalah jantung - seperti ritma tidak tetap atau jantung berlubang
- Anemia - kurang sel darah merah akibat kurang zat besi, folat atau vitamin B12
- Penyakit keresahan
- Ketidak-stabilan hormon ketika menstruasi sekiranya bagi perempuan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.