
Sulit
3 tahun
Dada terasa sempit dan ditambah dengan sakit leher dan perut
hai doc, saya wanita berumur 19 tahun, saya punya dada sering rasa sempit . kadang2 kalau naik kereta lgi ketara rasa sempit dan nafas saya jdi laju. dh sebulan mcm ni tpi on off. kejap ok kejap tk. pernah sampai rasa mual time sakit dada tu. dan skrg, aritu 3 malam tiba2 saya sakit kepala dan sakit kepala tu dtg time mlm je. after that, ditmbah dgn dua hari sakit kepala dan sakit nya start siang. ditambah lagi dengan sakit di bahagian leher, terasa mcm bengkak & dh 4 hari mcm ni. hari kedua sakit leher, kepala saya sakit berdenyut2 dan diikuti sakit perut yg membisa. after saya makan, perut akan jadi sakit. lg lg di bahagian pusat. dada saya still ada lgi rasa sempit dan nafas saya jd laju. Badan saya jugak cepat lesu dan cepat penat even saya tkde buat keje berat. saya juga sukar nk tido sbb badan tak selesa. boleh saya thu kenapa?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan soalan di atas, anda mengalami masalah sakit, sempit dada, sakit kepala, sakit serta bengkak leher dan juga sakit pada bahagian pusat. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, banyak perkara boleh menyebabkan gejala di atas. Antaranya adalah:
- Sakit jantung
- Ulser peptik
- Masalah thyroid
- Kanser
- Bacteremia
- Kehamilan
- Anxiety attack
Walaubagaimanapun, tanpa perincian simptom, sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal, diagnosis yang tepat tidak dapat diberikan.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.