
Sulit
3 tahun
Dada terasa sempit pening kepala
Saya lelaki berumur 21 , kebelakangan ni saya rasa dada saya sempit , sukar bernafas tu kurang dan kepala terasa ringan , adakah saya perlu berjumpa doktor secepat mungkin?

3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kesakitan dada dan pening kepala. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk maklumat anda, masalah dada terasa sempit atau kesukaran bernafas boleh disebabkan oleh:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Selain itu, sakit dada boleh disebabkan oleh:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sebelum gejala gejala tersebut mengundang komplikasi yang lebih teruk. Anda juga boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih terperinci mengenai langkah yang perlu dilakukan pada waktu ini.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.