
Anonymous
5 tahun
Dada tngah terasa kembang dan sakit jika ingin bangun
Saya bru 20an dan ada msalah obese tapi tidak teruk… Sejak kebelakangan ini dada saya rasa sangat sakit… Apabila hendak baring dan bangun… Adkah saya patut bjumpa doktor untuk pngesahan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, masalah sakit dada boleh disebabkan oleh pelbagai perkara antaranya:
- Masalah pernafasan seperti asma
- Jangkitan paru-paru
- Masalah jantung
- Masalah otot dada
- Bagi mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan, gejala sesak nafas dan sakit dada boleh berlaku akibat paru-paru yang tidak dapat mengembang dengan baik
Gejala berat badan berlebihan juga merupakan risiko kepada penyakit seperti darah tinggi serta kolesterol yang boleh membawa kepada masalah jantung dan masalah kesihatan yang lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.