Sulit
5 tahun
Daging tumbuh pada bibir kemaluan luar (labia majora kot namanya)
Saya wanita berumur 23 tahun dan belum berkahwin.
Saya alami masalah daging tumpuh ni selepas saya cuba buang bulu dengan cara menarik bulu tu di tepi bibir kemaluan itu. Selepas tu , tiba-tiba naik daging dekat situ dan sekarang ni dah makin membesar sampai 2cm panjang dia.
Apa yang perlu saya lakukan? Bagaimana daging ni boleh tumbuh?
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Sejujurnya untuk mengetahui kondisi sebenar kesihatan kelamin anda, ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif dan berkala. Secara umumnya, gejala yang anda alami boleh berpunca dari:
- Polip kelamin
- Trauma lama/kronik
- Gangguan kelenjar bartholini
- Fibroma / lipoma / leiomyoma
- Tumor atau neoplasma yang lain
Atau ia juga boleh disebabkan oleh gangguan kulit seperti:
- Pertumbuhan kulit yang jinak
- Jangkitan Human Papilloma Virus
- Kadar insulin atau kolagen yang tinggi dalam tubuh
- Tanda-tanda dari gangguan diabetes
- Iritasi, geseran atau lipatan antara kulit
Justeru, untuk mengetahui dengan lebih tepat tentang kondisi kesihatan anda, dan agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, kami menasihatkan agar anda tetap mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gynecologist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.



































