Sulit
2 tahun
Dah habis period tapi lepas seminggu ada darah berlendir keluar
patutkah saya jumpa dr? sebb rasanya dah berberapa kali jugak lepas seminggu dah habis period tiba² ada darah berlendir keluar. it start with a little stomachache lepastu darah coklat tu keluar and then lepas beberapa jam keluar darah berlendir tu. bahaya ke dr?
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah darah lendir yang keluar. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala yang anda alami boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
Terdapat juga masalah serius yang memerlukan pemerhatian daripada doktor seperti:
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan konsultasi dan bantuan lebih lanjut.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu terima kasih.