
Sulit
5 tahun
Dah stop suntikan perancang
Sy dah stop suntikan perancang sejak dismember 2019. Sy masih menyusu kan baby sy. Mse sy masih amik suntikan perancang sy ade juga dtg haid. Bile sy stop langsung x dtg haid sampai skrg. Normal ke x kalau mcm ni ye?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, sekiranya anda sedang menyusukan bayi anda, kemungkinan besar haid anda tidak akan datang. Hal ini kerana proses menyusukan adalah satu bentuk pencegahan kehamilan natural yang mana bermaksud ia berfungsi dalam mencegah kehamilan dengan cara yang mirip dengan pil perancang ataupun suntikan perancang.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.