
sitizahir
5 tahun
Dahi bengkak di kening kiri
Sy siti berusia 26 tahun.Sy perasan bahagian atas kening kiri sy bengkak dh lama tapi tidak sakit. Bla ditekan. Bhgian bengkak tu. Rsa pedih hidung dan gatal bhgian mata. Kenapa ye doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, bengkak pada bahagian mata anda berkemungkinan disebabkan:
Sista pada kulit
Sebaceous cyst (kelenjar sebum yang tersumbat dan menyebabkan sista)
Follikulitis
Lipoma (ketumbuhan dari tisu lemak)
Melanoma (sejenis barah kulit)
Berbalik kepada soalan anda, sebab sakit pedih di hidung dan mata setiap kali bahagian bengkak tersebut ditekan berkemungkinan kerana ganguan pada saraf di sekitar bengkak tersebut. Namun mungkin terdapat sebab lain. Oleh kerana maklumat yang diberikan tidak mencukupi serta ujian fizikal dan ujian lanjutan lain harus dilakukan bagi mendapatkan diagnosis yang tepat, berikut hanyalah jawapan am bagi soalan yang diajukan.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.