
Sulit
5 tahun
Dalam badan sejuk menggigil, luaran normal
Saya 23 tahun. 2,3 hari ni saya sering mengalami sejuk sampai mengigil. Tetapi dalam sahaja sejuk, luaran normal kalau sentuh. Adakah itu simptom demam ke macam mana?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Demam - akibat jangkitan kuman, keracunan makanan, keradangan organ dalaman
- Penyakit tiroid seperti hipotiroid (tiroid kurang aktif)
- Anemia - kurang hemoglobin darah merah
- Perubahan hormon seperti sindrom pra-menstruasi
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.