
Sulit
4 tahun
Dalam mulut berhampiran tekak bahagian belah kiri tiba-tiba sakit pedih
Salam sejahtera doc, sebentar tadi secara tiba tiba bahagian dalam mulut saya nak ke tekak sakit dan pedih . saya dapat rasa dengan jelas pedih itu ketika menelan air liur. Saya cuba mengambil air panas dan tindakan itu memberikan kelegaan sementara dan apabila saya berhnti minum air panas selama beberapa minit. Pedih itu datang kembali. Apa yang terjadi sebenranya kepada saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini DoctorOnCall untuk bercakap dengan pihak kami.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Berdasarkan gejala-gejala yang cik/puan nyatakan, sakit tekak boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Refluks asid (refluks boleh masuk ke saluran pernafasan dan menyebabkan kahak terhasil ketika tidur)
- esofagitis (radang esofagus)
- jangkitan kuman
- ulser oro-faringus
- kandidiasis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini **DoctorOnCall**untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.