
Sulit
4 tahun
Dalaman wanita - period
Hi saya berusia 27 tahun. Setelah saya berkahwin 7bulan, ada 2 kali saya period lewat. Lewat sampai 5hari. Adakah normal? Atau saya kena ke klinik utk check? Mohon bantuan. Saya dah jadi mcm stress.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, saya memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang lewat. Untuk makluman anda, kitaran haid dikira dari hari pertama haid hingga hari pertama haid seterusnya. Purata kitaran haid adalah 28 hari. Kitaran boleh berlaku antara 21 hingga 35 hari pada wanita yang berdewasa dan 21 hingga 45 hari pada remaja muda. Setiap wanita pernah mengalami ketidaktetapan kitaran haid sekurang-kurang sekali dalam hidup mereka. Masalah haid lewat boleh disebabkan oleh perkara yang serius dan tidak serius. Antara faktor masalah ini adalah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- kehamilan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa
Untuk mengetahui punca sebenar masalah anda, maklumat lanjut dan pemeriksaan teliti adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang hal ini. Jika masalah ini mengganggu anda dan berlarutan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!