
Sulit
4 tahun
Darah beku pada hari ke 12 haid
Saya berumur 34 tahun. Pada 9/10 saya telah keguguran semasa kandungan saya mencecah 14 minggu. Ketika itu uri masih tidak keluar habis, sehingga saya menjalani D&C.
Pada 11/11 saya telah mendapat haid pertama selepas tempoh keguguran. Hari ke-8 tiada darah keluar. Tapi pada hari ke-10, saya telah mengalami cirit birit dan bleeding kembalil. Esoknye, hari ke11 pad saya kering. Dan hari ini, hari ke 12, saya nampak ade kesan darah pada seluar saya, terus ke tandas. Dan ketika saya memicit perut saya, darah tersembur keluar bersama ketulan darah beku (tak pasti jika ia darah beku). Dan terus saya period seperti hari pertama. Boleh doctor terangkan kenapa?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu keluar darah beku semasa haid. Untuk makluman anda, masalah ini dapat berpunca oleh pelbagai penyebab yang normal atau tidak bergantung kepada kekerapan gejala ini berlaku dan faktor kesihatan anda. Oleh itu, maklumat lanjut daripada anda adalah diperlukan.
Bagaimanapun, ketulan berwarna merah gelap adalah darah yang telah beku. Kadang kala darah haid tidak boleh keluar dari rahim kerana serviks atau faraj anda tertutup. Oleh itu, ia menjadi bekuan darah dalam rahim dan hanya jatuh keluar apabila serviks dan faraj anda terbuka.
Punca-punca yang boleh menyebabkan masalah ini ketika termasuk:
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Senaman yang tidak mematuhi garis panduan
- Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
- Penyusuan
- Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
Anda dinasihatkan berjumpa doktor dengan segera jika anda mengalami gejala seperti:
- ingin pengsan
- degupan jantung lemah
- keletihan
- sukar bernafas
- tangan dan kaki menjadi sejuk
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang masalah haid anda ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!