
Sulit
4 tahun
Darah beku pada mata putih
Apakah rawatan bagi merawat mata putih yang mempunya darah beku sejak saya masih sekolah rendah sehingga sekarang masih belum hilang?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah dan ianya boleh terjadi disebabkan oleh beberapa penyakit. Antaranya:
- Pendarahan di dalam konjunktiva kerana trauma
- Konjunktivitis
- Sindrom mata kering
- Masalah pembekuan darah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.