
Sulit
4 tahun
Darah berwarna coklat keluar bersama keputihan
Hai Doc. Saya mempunyai masalah PCOS disebabkan haid yang tidak teratur. Saya juga sudahpun bertemu dengan Doc di klinik bagi mendapatkan rawatan. Tambahan pulasaya juga ingin merancang untuk hamil setelah berkahwin setahun lebih. Oleh itu, Doc telah memberi ubat turun darah dan ubat subur. Hari kedua period, sya mengambil ubat subur 1 biji sehari waktu mlm selama 5 hari. Kemudian sya diminta untuk bersetubuh selang sehari apabila hari yang ke 10 hingga hari 20. Hari ke 24, sya telah mengalami keputihan beserta darah yg bewarna coklat. Namun, ia hanya keluar bersama keputihan yakni bewarna coklat dan hanya sedikit. Apabila sya memakai pantiliner, didapati ia tidak mempunyai sebarang darah.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang pendarahan coklat bersama keputihan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, saya tidak boleh menyimpulkan keadaan yang anda alami dengan diagnosi yang tepat. Hal ini kerana saya perlu mengetahui dengan lebih lanjut tentang ubatan yang anda ambil dan beberapa soalan lain.
Namun begitu, pendarahan berwarna coklat juga sering berlaku kepada wanita dan mungkin disebabkan oleh kondisi berikut:
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Saya menasihatkan anda untuk berhubung dnegan doktor yang merawat anda dan mendapatkan pemeriksaan lanjut daripada beliau. Sekiranya masalah ini berlanjutan, ia mungkin disebabkan oleh perkara yang serius. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.