
Sulit
4 tahun
Darah cepat turun @ kurang
Saya berumur 19 tahun, dan seorang pesakit talasemia major sejak umur 2 tahun dan iron overload. Dan mempunyai penyakit cauda equina syndrome sejak oktober 2017 dan juga, diabetis type 2 sejak oktober 2019. Sebelum saya terlupa saya ada memakan ubat bisoprorol sejak bulan 3 2020 sebabnya, saya pernah beberapa kali jantung berdebar laju 180. Masalah saya sekarang ialah, darah cepat kurang sejak pertengahan bulan 3 2020, dari hb8 pergi ke hb4 dalam masa 1 minggu sahaja. Persoalan saya adakah penyakit diabetis ini bolah menurunkan darah saya dengan cepat atau, ubat bisoprorol tu yang menurunkan darah saya dengan cepat atau, kedua-keduanya. Sekian soalan saya. Harap doktor jawab terima kasih. Maaf jika terlalu panjang dan ayat tidak cantik.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Diabetes serta ubat yang anda ambik tidak memberikan impak kepada penurunan bacaan Hb anda. Perlu diketahui bahawa masalah Talassemia akan menyebabkan abnormaliti dari segi struktur sel darah merah. Untuk anda, kurang darah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Defisiensi zat besi
- Perdarahan dalaman contohnya usus
- Defisiensi vitamin
- Penyakit kronik seperti buah pinggang rosak
- Sickle cell anemia
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.