
Sulit
4 tahun
Darah cokelat beserta darah merah dalam setitik
Sya wanita dalam 20an bujang . Sebelum nih sya dah habis period 26/8/2020 selepas itu pada 7/9/2020 keluar darah cokelat sehingga harini 10/9/2020 tapi saya tidak merasa sakit atau keluhan lain . Adakah itu normal ? Terimkasih .

4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih untuk soalan anda.
Kami menghargai anda bertanya kepada kami walaupun soalan anda itu berunsur peribadi dan sensitif.
Untuk makluman anda, pendarahan coklat selepas haid menunjukkan aliran darah yang perlahan. Darah yang sepatutnya merah teroksida dan menjadi warna yang lebih gelap. Oleh itu, ia merupakan perkara yang biasa dan tidak perlu dibimbangkan. Namun, kenyataan ini cuma berdasarkan keterangan ringkas yang anda berikan. Sebagai info tambahan, punca boleh berlakunya pendarahan sedikit adalah seperti:
• Alat mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga, IUCD atau suntikan hormon
• Ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon serta ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan boleh mengganggu kitaran haid
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Berat badan yang berlebihan atau kurang
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid sedikit? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!