
Sulit
5 tahun
Darah coklat dari vagina, period tak teratur
Saya berumur 31tahun dan ini kali kedua saya mendapati darah berwarna coklat keluar dari vagina. Period saya panjang sehingga ke 14 hari dan pada bulan ini sudah 2 kali saya dapat period. Boleh doktor bantu saya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Selain dari punca pendarahan berwarna coklat yang diberikan, terdapat beberapa punca kepada pendarahan haid tidak teratur ini seperti:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Kesan pil perancang
- Kanser rahim atau cerviks - jika mempunyai faktor risiko seperti tidak menerima suntikan HPV, sejarah kekeluargaan
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti aspirin
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.