
Anonymous
4 tahun
Darah dijangkiti kuman
Saya kerap demam on off. Selepas saya pergi ke hospital doktor sahkan saya ada jangkitan kuman dalam darah. Adakah ia berbahaya? Doktor ada memberikan kepada saya ubat antibiotik yang perlu diteruskan selama 5 hari. Apakah cara lain untuk pulih dari masalah ini?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, masalah demam yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit berjangkit seperti demam denggi, HIV, campak, demam kepialu, penyakit kencing tikus, radang injap jantung, meningitis dan penyakit cacar air.
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- Penyakit vasculitis
- Penyakit autoimun seperti systemic lupus erythematosus (SLE) dan inflammatory bowel disease (IBD)
- Kanser seperti limfoma dan Kaposi sarcoma
Kemungkinan besar demam yang anda hadapi disebabkan oleh jangkitan kuman, apabila tubuh diserang kuman, tubuh akan berusaha untuk membunuh kuman dengan haba iaitu demam. Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima Kasih