
Sulit
3 tahun
Darah gaid pudar, cair, sedikit
Saya wanita berumur 27tahun.sekarang buat pertama kalinya saya alami darah haid yang pudar, cair dan sedikit berbanding sebelum2 ini. Sebelum period sehingga sekarang sy alami masalah telinga tersumbat dan telah berjumpa doktor bagi masalah tersebut.2 hari sebelum period sy makan ubat bg masalah telinga…sekarang pun saya still makan ubat tersebut walaupun tgh period. Adakah masalah perubahan wrna darah period saya ni berpunca dari pengambilan ubat telinga sewaktu tengah period? Atau berpunca dari masalah telinga tersumbat? Adakah darah period yang pudar disebabkan kurangnya oksigen? Bahaya ke masalah ni doktor?
Terima kasih doktor <3

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara umum, gejala haid seperti yang anda perihalkan boleh berpunca daripada pelbagai perkara. Antaranya:
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Senaman yang tidak mematuhi garis panduan
- Masalah organ wanita - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
- Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut kepada doktor.
Sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi bagi mendapatkan penerangan dan nasihat yang anda perlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!