
Sulit
4 tahun
Darah haid berketul kecil
Saya wanita berumur 25 tahun. Saya berbadan besar dan kitaran haid saya memang irregular. Paling teruk adalah saya cuma akan datang haid setahun sekali. Jadi saya tak dapat nak keep track bilakah waktu saya akan datang haid.
Saya menghadapi masalah ketika bulan puasa ini. Saya dapati, ada ketulan darah tapi amat kecil dan berpecah-pecah. Apabila saya pakai pad, didapati tiada darah pada pad. Namun, bila kencing, akan nampak ketulan darah tadi.
Soalan saya, adakah ini menandakan saya datang haid atau ini darah lain ?
Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada kami.
Kami faham kebimbangan anda tentang masalah darah haid yang berketul yang anda hadapi. Berdasarkan keterangan anda, pendarahan haid sebegini boleh disebabkan oleh beberapa perkara antaranya;
• Dysfunctional uterine bleeding atau perdarahan dari rahim yang terjejas. Kondisi ini merupakan punca yang paling utama untuk perdarahan haid berpanjangan.
• Fibroid, sejenis ketumbuhan otot dari dinding rahim
• Polip di rahim atau di pintu rahim (cervix)
• Endometriosis, sejenis kondisi di mana lapisan dalam dinding rahim yang berada di luar rahim
• Radang pelvis kronik atau pelvic inflammatory disease, biasanya disebabkan oleh jangkitan kelamin
• Hypothyroidism, atau kekurangan rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
• Barah di pintu rahim atau dinding rahim (cervical and endometrial cancer). Kondisi-kondisi ini adalah lebih biasa dalam kalangan wanita yang lebih berusia.
• Syndrom polisistik ovari atau PCOS
• Penyakit bekuan darah atau coagulopathy
• IUCD atau intrauterine contraceptive device
• Ubatan seperti ubatan hormon atau ubatan cair darah
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk info secara mendalam, anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan pihak kami secara peribadi untuk penerangan dan nasihat yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid berketul? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!