
Sulit
4 tahun
Darah haid berketul pada Hari ketiga dan bercampur dengan ketulan bewarna oren
Saya berumur 19 tahun. Saya mengamalkan air jus kunyit. Pada Hari keempat darah haid Saya keluar bewarna merah bercampur dengan ketulan bewarna oren terang. Adakah ianya tanya penyakit?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui penerangan anda di atas, saya memahami kebimbangan anda. Untuk pengetahuan anda, ketulan darah sewaktu haid merupakan kejadian yang normal. Ketulan darah yang normal adalah ketulan yang kecil, berlaku pada awal kitaran haid dan bewarna merah cerah atau merah gelap. Namun begitu, terdapat perkara yang boleh menyebabkan pembentukan ketulan darah yang besar waktu haid, seperti:
- gangguan hormon
- fibroid
- penyakit endometriosis
- adenomyosis
- kanser
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Jika anda mempunyai ketulan darah yang besar melebihi 0.5cm dan kerap berlaku, dinasihatkan untuk anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Terima kasih.
Anda masih risau dengan haid tidak teratur? Pakar sakit puan sedia untuk membantu!