shagon216ji
6 tahun
Darah haid berpanjangan
Saya seorang gadis berusia 18 tahun dan sexually active. Bulan lepas 1 period macam biasa 10-17/3 biasanya period mesti sengugut dalam hari 1-4. Lepas tu 18&19/3 saya x period tapi ade banyak cecair warna coklat keluar. Lepas tu malam 19/3 saya rasa ade segumpal darah darah keluar and saya berdarah semula sampai 7 april. Dalam tempoh itu ade berjumpe dengan doktor gov tapi dia cakap itu normal saya ade bagitau saya cramp dan sakit perut pon mereka cakap normal dan beri saya paracetamol, kemudian saya berjumpa dengan doktor di klinik dia memberi saya duphaston 10mg untuk saya makan 1 kali dalam 5 hari tetapi darah xbrhnti. (Ini duration dia 28march) kemudian darah xbnti lagi and doc still bagi dupshaton 10mg kali ni makan 2 kali and darah saya benti masa 7april. Tetapi selepas 7 april cecair berwarna coklat keluar sampai sekarang masih ade. Macam saya kena 17&18/3 . Cecair dia banyak sampai kena pakai pad. Kenapa ya
6 tahun
Terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan cecair/ darah warna coklat.Antaranya ialah :
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
































