
Anonymous
4 tahun
Darah haid berwarna hitam tidak berhenti
Saya wanita berusia 22tahun. Saya baru sahaja habis haid yang tidak normal iaitu selama 9hari. Selalunya saya haid hanya mengambil masa 5/6 hari sahaja. Selepas habis haid selama 9hari itu, selang 5hari kemudian saya didatangi haid lagi sekali tetapi darahnya berwarna hitam dari hari pertama sehinggalah hari ini , hari ke7 saya period.
Bau darah haidnya busuk dan darahnya seperti serbuk teh (bukan likat atau berlendir seperti kebiasaan) . Sehingga hari ini (hari ke7) darah hitam ini tidak ada tanda-tanda nak kering ataupun habis. Tetapi darah warna hitam ini hanya keluar dalam kuantiti yang sederhana. Tidak sikit dan tidak terlalu banyak.
Saya tidak pernah keluar darah haid berwarna hitam sepanjang 12tahun saya period. Dan saya tidak ada sakit perut (senggugut) seperti setiap bulan saya hadapi.
Adakah saya perlu jumpa doktor ataupun ada penyebab disebaliknya?
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca darah haid berwarna hitam, antaranya:
- Darah lebihan dari haid yang sebelumnya. Darah yang telah lama akan teroksida dan berwarna hitam
- Darah pada awal dan hujung haid biasanya mempunyai aliran lebih perlahan, ini menyabakan darah gtersebut tersimpan lebih lama di dalam rahim dan berwarna hitam
Sekiranya anda mempunyai simptom lain disertai dengan haid berwarna hitam seperti:
- Faraj berbau busuk
- Sakit perut/senggugut teruk
- Bengkak atau gatal sekeliling kemaluan
- Sakit pada bahagian pelvik
- Demam
- Sakit ketika kencing
Anda perlu merujuk masalah anda ini kepada doktor dengan segera kerana terdapat kemungkinan masalah lebih serius seperti jangkitan kelamin atau jangkitan pada pelvis berlaku. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian dan rawatan. Terima kasih.