
Anonymous
5 tahun
Darah haid berwarna koko yang berpanjangan
Haii dr . sy merupakan remaja 20an …belum berkahwin … saya mengalami masalah haid yg agak tidak normal . pada permulaan nya , ia cuma datang hanya berwarna koko . so sy fikir mgkin itu tnda2 awal period . tapi syg nyaaa ia nya bertrrusan tnpa keluar ada darah walaupun sedikit … Lama kelamaan menjadi semakin banyak . Dah hampir sebulann tapi masih blm hilang … saya buntu sbb tidak tahu apa mslh sbnrnyA . saya jugaa kadang2 berasa sakit di bwah ari2 tapi tidak selalu . adakah itu berbhaya ??? mohon penjelasan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk makluman pihak anda, cecair coklat tersebut boleh keluar disebabkan oleh beberapa perkara :
- Keputihan biasa yang teroksida
- Darah haid
- Jangkitan kelamin
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.