
Anonymous
5 tahun
Darah haid coklat kehitaman
Sy berumur 31thn.sudah brkahwin dan anak seorang. Bersalin secara emergency ceaser pd jan 2018.anak umur 1thn 5bln. Sy mengalami period yg tidak teratur slps bersalin. Last period sy pd mac 2019.kmudian pd may 2019 sy keluar darah coklat kehitaman dan berlanjutan sehingga lebih kurang 1minggu dan stop seketika kemudian dtg semula dlm 3-4hari. Sy masih breastfeeding dan makan pil perancang noriday. Ada kaitan dgn pil perancang atau ada masalah lain ye doc? Semasa atau slps hbungan dgn suami tiada rasa sakit. Dan hari ni sy dapati darah keluar warna yg sama sblm mandi tadi. Dan tiada rasa sakit atau gatal pd kemaluan semasa tempoh darah keluar.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih soalan yang diajukan.
Berkenaan dengandarah haid yang kelihatan hitam, ia biasanya disebabkan oleh darah yang telah lama berada di dalam rahim. Ini disebabkan oleh aliran darah haid yang perlahan pada awal haid meyebabkan ia berada lebih lama di dalam rahim atau merupakan baki darah haid anda pada kitaran haid yang lalu. Warna hitam atau lebih gelap ini terhasil akibat darah yang teroksida.
Biasanya darah hitam ini adalah sesuatu yang normal. Namun begitu, jika anda mengalami gejala lain seperti
- Sakit perut haid yang teruk
- Haid terlalu lama
- Haid terlalu banyak
- Kitaran haid yang tidak teratur
- Sakit ketika melakukan hubungan seksual
- Kesukaran mengandung
Anda perlulah merujuk perkara ini untuk pemeriksaan lanjut agar punca masalah ini dapat dikenal pasti dan dirawat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Terima kasih.