
Sulit
4 tahun
Darah haid hitam selama 3 hari
Saya wanita berusia 23 thn dan sudah berkahwin…saya mengalami darah haid hitam pada awal haid selama 3 hari…selepas itu haid dtang bnyak selpas pada haritu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, terdapat beberapa punca darah haid berwarna hitam, antaranya:
- Darah pada awal dan hujung haid biasanya mempunyai aliran lebih perlahan, ini menyebabkan darah tersebut tersimpan lebih lama di dalam rahim dan berwarna hitam
- Darah lebihan dari haid yang sebelumnya. Darah yang telah lama akan teroksida dan berwarna hitam
Sekiranya anda mempunyai simptom lain disertai dengan haid berwarna hitam seperti:
- Faraj berbau busuk
- Sakit perut/senggugut teruk
- Bengkak atau gatal sekeliling kemaluan
- Sakit pada bahagian pelvik
- Demam
- Sakit ketika kencing
Anda perlu merujuk masalah anda ini kepada doktor dengan segera kerana terdapat kemungkinan masalah lebih serius seperti jangkitan kelamin atau jangkitan pada pelvis berlaku. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian dan rawatan. Terima kasih.