
Anonymous
4 tahun
Darah haid hitam selepas seminggu haid
Hello dokter… Saya berumur 27tahun dan belum berlahwin.
5/5/2019 saya datang haid dan darah berwarna merah selama seminggu. selepas seminggu saya haid, ada darah hitam yang keluar sampai ke hari ini dan sudah hampir seminggu darah hitam terus keluar. Kuantiti darah hitam itu kadang sedikit dan kadang banyak. Saya harap dokter dapat membantu untuk menerangkan apa yang terjadi. Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berkenaan dengan darah haid yang kelihatan hitam, ia biasanya disebabkan oleh darah yang telah lama berada di dalam rahim. Ini disebabkan oleh aliran darah haid yang perlahan pada awal haid meyebabkan ia berada lebih lama di dalam rahim atau merupakan baki darah haid anda pada kitaran haid yang lalu. Warna hitam atau lebih gelap ini terhasil akibat darah yang teroksida.
Biasanya darah hitam ini adalah sesuatu yang normal. Namun begitu, jika anda mengalami gejala lain seperti
- Sakit perut haid yang teruk
- Haid terlalu lama
- Haid terlalu banyak
- Kitaran haid yang tidak teratur
- Sakit ketika melakukan hubungan seksual
- Kesukaran mengandung
Anda perlulah merujuk perkara ini untuk pemeriksaan lanjut agar punca masalah ini dapat dikenal pasti dan dirawat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Terima kasih.