
Anonymous
5 tahun
Darah haid keluar sedikit dan lama
Saya umur 43 tahun berat 65kg tinggi 170. Pertama kali berlaku pada saya, bulan ini, darah haid berlanjutan sehingga 12 hari tetapi tidak banyak. Kekadang ada n kekadang tiada. Saya hanya menggunakan panty liners. Tetapi setiap kali buang air kecil, ada skali darah haid yg mcm ketul kecil atau bertali.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan haid berpanjangan.Antaranya:
Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
Ketumbuhan fibroid atau polip
Dysfunctional uterine bleeding
Penggunaan alat IUD
Kanser rahim atau cerviks
Masalah pembekuan darah
Kesan sampingan ubat-ubatan
Oleh sebab anda, mengalami hal ini untuk kali pertama hal ini tidak boleh dipandang remeh malah harus dirujuk kepda pihak doktor untuk rawatan selanjutnya.
Bagi mengetahui punca masalah kesihatan anda, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.