
Sulit
4 tahun
Darah haid keluar sejak disember tahun lalu sehingga kini
hye doctor, saya mengalami gangguan haid sejak disember 2020. darah haid keluar sikit sikit anggaran 2-3 pads( tak penuh) daily. first period pada umur 12 tahun. pada januari 2021, saya ke klinik swasta untuk buat scan dan doc temui fibroid sebesar 2cm, jadi beliau memberikan sy ubat utk stop bleeding. dua kali saya ke sana doc hanya berikan ubat tersebut dan darah haid hanya berhenti apabila saya makan ubat, stop ubat darah datang balik. jadi sy ke hospital ampang kerana risau. dan doc disana membuat ct scan, fibroid sudah tiada dan doc cakap semua ok. saya juga ada check darah semua normal. mungkin gangguan hormon jadi beliau membekalkan ubat hormon kepada saya selama 3 bulan. 2 hari saya makan ubat itu darah haid stop tetapi hari ke-3, darah haid kembali dalam kuantiti yg sangat banyak. dan saya mengalami senggugut, sakit pinggang, sakit dibawah bahagian perut dan badan menjadi lesu sepanjang haid kali ni, sebelum ni yang masa haid keluar sikit tu takde oulak rasa sakit macam ni.sekarang anggaran pads 5-6pads daily. hari ni sudah hari ke 6 darah haid keluar banyak. adakah ini normal doctor? saya sangat risau. adakah saya perlu teruskan makan ubat hormon(Ravimed Medroxyprogestrone Acetate) yang doc berikan pada saya itu?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Saya faham tentang masalah haid berpanjangan yang anda sedang hadapi. Terdapat segelintir wanita yang menghadapi masalah ini. Ia boleh disebabkan oleh masalah kesihatan, masalah tekanan, atau masalah fizikal. Terdapat pelbagai faktor-faktor yang boleh menyebabkan gejala yang anda hadapi seperti:
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui dan kebanyakan wanita alami masalah ini
- Kanser rahim atau serviks - gejala lain seperti hilang berat badan dan lemah
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ubat hormon
- Masalah tiroid
- Tekanan
- Gaya hidup aktif
Untuk makluman anda, senaman amat bagus untuk mengubah kitaran haid kepada lebih normal, maka teruskan usaha anda untuk bersenam. Amalkan pemakanan yang sihat kerana makanan segera adalah antara faktor utama kitaran haid berubah dan boleh menyumbang kepada haid berpanjangan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.