
Sulit
5 tahun
Darah haid keluar terlalu banyak
Saya berusia 36 tahun,pada tahun lepas doktor sarankan untuk saya mengambil depo pada bln 3 tahun lps dan sepanjang mengamalkan depo saya tidak pernah datang Bulan hingga la pd bln 3.2019 ni saya tidak mengambil depo lagi.
Setelkan berhenti kitaran haid tak menentu.Cuma saya risau sekarang sekarang ini saya datang haid untuk Bulan ini terlalu banyak.8 hari datang haid,darah terlalu banyak keluar.Kenapa ya doktor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid banyak dan berpanjangan yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- kesan penggunaan suntikan perancangan
- Kanser rahim atau cerviks - sekiranya pernah mempunyai keputusan pap smear positif, sejarah keluarga
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti aspirin
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.