
Sulit
4 tahun
Darah Haid & Kencing
Assalamualaikum, saya ada dua soalan :
saya jenis yang kerap kencing pada masa yang singkat. Contoh setakat puasa puasa ni, sebelum sahur akan kencing, lepas sahur pulak akan kerap kencing 3-5 kali, sebelum dan selepas berbuka pon sama, malam pon sama, dan kadang kadang lepas saya kencing ada darah, dan saya yakin tu bukan darah haid, sebab darah tu macam air, tahun lepas jugak dah pernah berlaku kencing berdarah macam ni, tapi tahu lepas kencing berdarah tu sakit pedih bila selepas kencing, dan tahun ini berlaku lagi kencing berdarah, cumanya tidak sakit seperti tahun lalu, waktu kencing pertama kali nampak darah tu pagi, siang takde, dan petang darah tu ada balik, dalam 8-11 malam camtu tak ada, sebelum nak tido muncul balik darah tersebut, boleh saya tahu apa punca masalah saya?
soalan kedua ni saya mewakili pihak sedara berumur 22 tahun. dia datang haid pada hari pertama darah dengan kadar sedikit. darah hanya ada pada waktu siang dan pertengahan malam. pada hari kedua darah menjadi kehitaman di siang hari, dan malam darah tersebut kembali merah, tapi dengar kadar sedikit juga. hari ketiga hanya ada darah di siang hari malam takde darah, esoknya pagi iaitu hari keempat baru ada darah balik. adakah ini berkait masalah hormon atau ada masalah lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kencing berdarah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan kuman pada saluran kencing
Kecederaan pada zakar
Masalah pendarahan
Untuk soalan yang kedua, masalah darah berwarna gelap disebabkan oleh aliran yang lambat atau darah lama. Maka warna darah haid boleh jadi berwarna merah atau warna gelap.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.