
Anonymous
6 tahun
Darah haid lambat dan sikit
Hai saya umur berusia 22 tahun. Tarikh haid akan lari 2 3 hari dari bulan sebelumnya dan Selalu darah haid saya masih banyak sehingga 5 hari. Tapi semenjak 2bulan ni. Darah haid smpai 3 hari da kering. Normal ke doc?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, jangka waktu datang haid yang normal adalah antara 2-7 hari. Dan biasanya kebanyakan wanita datang haid selama 3-5 hari.
Terdapat pelbagai punca perubahan tempoh haid dan kitaran menstruasi anda. Selalunya ia dipengaruhi oleh perubahan hormon yang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Keletihan
- Aktiviti harian yang sibuk
- Tekanan emosi
- Terlibat dengan kegiatan sukan lasak
- Perubahan berat badan mendadak
Sekiranya perkara ini membimbangkan anda, haid anda menjadi semakin tidak teratur atau terdapat simptom lain yang mengganggu anda ketika haid, anda boleh rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara percuma. Terima kasih.