Sulit
4 tahun
Darah haid sedikit pada hari pertama
saya wanita berumur 24, sy dah berkahwin selama 9 bulan dan tidak ada zuriat lagi. Dan ini kali pertama darah haid sy datang sedikit, sebelum ini darah haid sy datang teratur. Kali ini, pada hari datang period, darah haid sy cuma sedikit berwarna cokelat.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala darah haid berwarna coklat serta sedikit yang keluar dari faraj anda boleh disebabkan:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.