
Anonymous
5 tahun
Darah haid sedikit sejak bulan 6
Hai , saya wanita berusia 20 tahun . belum berkahwin . Sejak bulan lepas , haid saya datang sedikit sahaja tak seperti sebelum ni . Untuk bulan ni , saya datang period pada 19hb bulan 7 , harini dah masuk 3 hari saya period tetapi period saya tak berjalan lancar . darah keluar tetapi sedikit sahaja . Boleh bantu ape punca nya ya doctor ? bagaimana cara mengatasi nya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Berkenaan kiraan kitaran haid, kitaran haid normal adalah 21-35 hari.Tempoh datang haid normal: 2-7 hari. Jika kitaran normal anda 28 hari, anda akan dapat haid setiap 4 minggu. Jika kitaran normal 22 hari, anda akan dapat haid setiap 3 minggu. Kitaran haid unutk setiap wanita mempunyai variasi. Daripada pengiraan tempoh haid anda, sejurusnya anda boleh terus mengira tempoh subur anda.
Saya sarankan anda berbicara dengan doktor jika anda mempunyai sebarang kemusykilan lagi. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.