
Sulit
3 tahun
Darah haid sedikit selepas menerima suntikan vaksin covid 19
Saya perempuan umur 27 thn belum berkahwin…pd hari isnin minggu ni saya ada mengambil suntikan vaksin covid 19 dan selang sehari saya period…kalau ikut kiraan saya terawal 2 hari…pd bulan ni…hari pertama dan kedua sahaja keluar darah dan hari ketiga start hanya keluar darah sedikit n coklat2 sahaja…kalau ikut period normal saya…hari pertama hanya coklat2 dan start keluar darah pd hari kedua,ketiga dan keempat…kelima start coklat2 dan hari keenam atau ketujuh baru suci darah…adakah suntikan vaksin mempengaruhi kitaran period saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala yang anda mengalami tersebut adalah kesan sampingan biasa untuk vaksin Covid. Kesan sampingan umum vaksin Covid termasuk:
- Sakit, bengkak di tempat suntikan
- Demam
- Menggigil (rasa sejuk)
- Sakit otot atau sendi
- Sakit kepala
- Kelesuan
- Batuk dan sakit tekak
- Loya dan muntah
Gejala-gejala ini akan menyembuh secara sendiri dalam jangka masa sekurangnya 1 minggu dan tidak menyebabkan sebarang komplikasi. Sejikanya diperlukan, anda boleh ambil ubat yang ditetapkan oleh doktor anda.
Sekiranya gejala anda jadi semakin teruk atau tidak sembuh, anda perlulah menghubungi 999 ataupun merujuk kepada doktor anda dan menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini daripada doktor atas talian kami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini