
Sulit
4 tahun
Darah haid sedikit tpi masi tk brenti
Saya wanita brumur 24tahun, saya mngalami haid tak teratur, darah haid cuma kluar sedikit tpi dri 1hb skrg dha 22, still masi ada sdikit tk brenti,bole sya tau apa masalah ksihatan sya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah haid tidak teratur, seperti:
- Polip rahim
- Fibroid rahim
- Endometriosis
- Adenomyosis
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Kehamilan
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Sekiranya anda mempunyai gejala kekurangan darah yang disebutkan di bawah, sila berjumpa doktor dengan segera:
- Demam
- Sakit perut atau ari-ari
- Lemah dan lesu badan
- Pening kepala
- Sakit kepala
- Dada berdebar
- Sesak nafas
- Pitam atau hampir pitam
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Anda masih risau tentang haid yang berpanjangan Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.